Monday, June 14, 2010

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka - Mengapa jadi begini?


Memetik laporan akhbar harian pada 29 Mei 2010 - Melaka merancang untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri "Melaka Air". Antara tujuan utama adalah untuk memaksimumkan penggunaan Lapangan Terbang Melaka (LTAM) yang sehingga kini masih kurang menerima pendaratan daripada syarikat-syarikat penerbangan dalam mahu pun luar negara.

Sebagai rakyat Melaka, ini adalah satu tragedi amat malang. Setelah berjuta-juta RM telah dicurahkan, lapangan terbang yang sepatutnya menjadi kebanggaan seluruh rakyat Melaka sudah dimomokkan oleh parti pembangkang sebagai satu lagi projek "Gajah Putih". Di mana janji-janji syarikat penerbangan tambang murah selama ini.

Semasa projek pembesaran sedang giat dijalankan, macam-macam permintaan datang dari pelbagai pihak. Ada yang minta hak eksklusif untuk laluan tertentu, ada yang minta dikurangkan cukai lapangan terbang, ada pula yang meminta dipanjangkan lagi landasan agar pesawat yang lebih besar mendarat.

Amat menyedihkan, selepas lapangan terbang ini dirasmikan oleh PM Malaysia, ia masih lengang...

No comments:

Post a Comment