Memetik laporan akhbar harian pada 29 Mei 2010 - Melaka merancang untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri "Melaka Air". Antara tujuan utama adalah untuk memaksimumkan penggunaan Lapangan Terbang Melaka (LTAM) yang sehingga kini masih kurang menerima pendaratan daripada syarikat-syarikat penerbangan dalam mahu pun luar negara.