Monday, June 14, 2010

Selamat Datang "Welcome" ke Negeri Melaka


Sebagai orang asal Melaka, saya mengalu-alukan kehadiran para pelancong, atlet Sukan Malaysia, peniaga dan usahawan, pelajar, ke negeri ini... Negeri yang telah banyak mencipta nama dari yang sekecil-kecil peristiwa hinggalah ke persada antarabangsa.

Terlalu banyak fakta, penemuan, dan bukti mutakhir yang menunjukkan bahawa sejarah Melaka yang lepas telah ditulis dengan tidak tepat dan rujukan yang boleh dipertikaikan. Saya amat bersetuju dan berpegang teguh pada pendirian bahawa sejarah Melaka yang selama ini menjadi dendangan murid-murid sekolah kini perlu ditulis semula.

Walau pun saya tidak terlibat secara langsung dalam menganggotai mana-mana pertubuhan sejarah di negara ini, secara tegasnya bahawa saya mengikuti perkembangan mengenai penemuan-penemuan semasa dengan serius. Adalah menjadi harapan saya agar fakta-fakta yang tidak tepat mengenai Melaka dapat dikeluarkan dari kamus sejarah Malaysia.

No comments:

Post a Comment