Tuesday, March 8, 2011

Bas Panorama Melaka, adakah ini perubahan yang dijanjikan...

Lama benar saya tidak update di sini. Ada seorang pengunjung menanyakan mengenai laluan bas milik kerajaan Melaka atau Panorama Melaka. Saya bukan tidak mahu menjawab, cuma maklumat mengenai laluan terbaru bas tersebut yang khabarnya sudah bertambah. Sebagai anak Melaka di perantauan, saya juga kadang-kadang tercicir dalam mengemaskini maklumat dalam kepala saya. Kepada yang bertanya, saya minta maaf dan jika saya sempat memuatkan di sini, saya akan berbuat demikian.

Langkah kerajaan Melaka membeli bas untuk menyediakan pengangkutan awam yang lebih selesa sepatutnya dihargai. Walaupun bagi saya ia adalah tindakan kurang bijak. Bukankah sesetengah laluan yang dilancarkan itu sudah ada pemiliknya? Apalah nasib dengan pengusaha bas yang selama ini mengharapkan sambutan pelangan pada perkhidmatan mereka. Kerajaan boleh memberi bantuan yang bersesuaian dengan pengusaha bas tersebut, bukan buat pesaing untuk mereka!

Saya sangat teruja dengan perkembangan semasa kempen PRK Merlimau tempoh hari (6 Mac 2011). Pihak Mara Liner (sama boss dengan saya juga) sudah berbesar hati menawarkan perkhidmatan bas henti-henti dari Bandar Jasin - Merlimau. Bagi saya, perkara seperti inilah yang rakyat mahukan. Bila isu ini timbul, saya terkenangkan kampung sendiri (Kesang Tua, Kesang Pajak, Pondok Kempas, Selandar). Suatu masa dulu, saya boleh ke Bandar Jasin tanpa bersusah payah meminta bantuan bapa saya yang sudah patut berehat saja di rumah.

Mentang-mentangla (kata orang Melaka...) ada PRK. Agaknya saya perlu 'berdoa' wakil rakyat di kawasan saya 'dijemput Tuhan' barulah kerajaan Melaka mengambil berat! Jika keuntungan menjadi ukuran, tidaklah perlu Mara Liner buat servis di Merlimau. Oleh itu, seruan saya kepada pihak yang berwajib, 'kampung saya bila lagi?'

No comments:

Post a Comment